Soalan Lazim Ganjaran Agoda

Umum

1. Apakah Program Ganjaran Agoda dan bagaimana ia berfungsi?
Program Ganjaran Agoda memudahkan anda memungut Mata Ganjaran dengan membuat tempahan melalui laman Agoda Travel Network. Dengan 100.000 hotel di lebih 100 negara serata dunia, Program Ganjaran Agoda menawarkan pilihan hotel hebat yang membolehkan anda menebus Mata Ganjaran anda.

Kembali ke atas

Keahlian

2. Bagaimana saya menjadi ahli Ganjaran Agoda?
Keahlian Ganjaran Agoda adalah percuma. Anda cuma perlu membuat tempahan dan anda secara automatik akan didaftarkan sebagai ahli Ganjaran Agoda, atau daftarkan diri di http://www.agoda.com.my/rewards/signup.html. ID keahlian Ganjaran Agoda dan kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel anda supaya anda boleh memasuki akaun anda dan menikmati faedah Ganjaran Agoda. Ahli yang mendaftar terus melalui laman web kami akan menerima 1,000 mata bonus secara automatik.

3. Apakah tahap keahlian Ganjaran Agoda?
Ganjaran Agoda menawarkan dua tahap keahlian: Premier dan Elite 75.

Ahli Premier
Semua ahli baru akan secara automatik diberikan Keahlian Premier. Bagi setiap dolar yang anda gunakan, 20 mata akan dikreditkan ke akaun anda.

Ahli Elite 75
Kumpul lebih daripada 75.000 mata dalam satu tahun kalendar dan anda boleh menjadi Ahli Elite 75. Ini melayakkan anda menerima 31,25 mata bagi setiap dolar yang anda gunakan bagi membuat tempahan, serta membolehkan anda menebus mata mengikut skala yang lebih fleksibel. Ahli mengekalkan status Elite bagi tahun kalendar berikutnya. Ahli yang gagal mengumpul 75.000 mata dalam tahun kalendar berikutnya akan diturunkan kepada Ahli Premier.

4. Bagaimana jika saya telah membuat tempahan sebelum Ganjaran Agoda dilancarkan?
(Tarikh dilancarkan: 20 Julai 2004)

Mana-mana tempahan yang dibuat sebelum Program Ganjaran Agoda dilancarkan tidak layak mendapat keahlian mahupun Mata Ganjaran.

5. Saya adalah ahli bagi Program Gabungan Market Agoda – Bolehkah saya menjadi ahli bagi Program Ganjaran Agoda?
Ahli-ahli bagi Program Gabungan Market Agoda tidak layak menerima akaun keahlian Ganjaran Agoda dan faedahnya.

Kembali ke atas

Mata Ganjaran

Pengumpulan Mata

6. Bagaimanakah saya boleh mengumpul mata dan apakah jumlah mata yang terkumpul bagi setiap tempahan?

a) Mata yang dikumpul berpandukan nilai tunai yang dicajkan kepada kad kredit anda bagi setiap tempahan lengkap yang dibuat melalui laman turut serta Agoda Travel Network. Setiap dolar yang digunakan bersamaan dengan 20 Mata Ganjaran. Sebagai contoh, jika anda membuat tempahan bernilai USD$1.000 dan jumlah penuh itu dicajkan ke kad kredit anda, anda akan menerima 20.000 mata bagi transaksi tersebut. Ahli Elite 75 mendapat bonus 55% mata tambahan. Setiap dolar mendapat 31,25 mata.

b) Mata Ganjaran akan dikreditkan ke akaun anda bagi setiap tempahan yang anda buat, tidak kira siapa tetamu anda. Anda boleh mengumpul Mata Ganjaran dengan menempah penginapan di hotel untuk kawan dan ahli keluarga anda juga.

c) Jika anda memperkenalkan ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja kepada Ganjaran Agoda, anda mendapat 500 Mata Ganjaran bagi tiga rujukan pertama. Untuk membuat rujukan, log masuk ke akaun anda dan klik pada tab "Rujuk kawan".

d) Setelah anda mendaftar keluar dari hotel penginapan, anda akan dipelawa untuk memberi maklum balas tentang penginapan anda. Setiap ulasan hotel yang lengkap bernilai 500 mata.

Anda boleh memaparkan ulasan sama ada dengan mengklik pada pautan ulasan hotel dalam e-mel yang akan dihantar kepada anda selepas tarikh anda mendaftar keluar. Anda juga boleh log masuk ke akaun anda dan klik pada tab "Ulas hotel".

7. Apakah mata dua kali ganda?
Semua tempahan hotel yang menawarkan mata dua kali ganda akan membolehkan anda memungut mata dua kali ganda daripada biasa. Contohnya, jika anda membuat tempahan bernilai USD$1.000 dan jumlah penuh itu dicajkan kepada kad kredit anda, anda akan menerima 40.000 mata bagi transaksi tersebut (iaitu dua kali ganda 20.000 mata). Ahli Elite 75 akan mendapat 62.500 mata (iaitu dua kali ganda 31,250 mata). Lihat semua hotel yang menawarkan mata dua kali ganda di laman Tawaran Istimewa.

8. Bagaimana saya boleh menyemak baki mata dan butiran tempahan saya?
Anda perlu log masuk ke akaun anda di http://www.agoda.com.my/rewards/login.html dan klik pada tab 'Mata & Transaksi' untuk melihat butiran transaksi anda sebelum ini. Baki mata anda akan dipamerkan di laman ini. Di laman ini, anda juga boleh menyemak status tempahan anda yang belum selesai.

9. Berapa lama sebelum Mata Ganjaran Agoda saya dikreditkan ke dalam akaun saya?
Mata Ganjaran dikreditkan ke dalam akaun anda 30 hari selepas tarikh pelepasan anda dari hotel.

10. Bagaimanakah saya mendapatkan kredit bagi transaksi yang hilang?
Hubungi Bahagian Ganjaran kami atau hantarkan pertanyaan kepada kami melalui e-mel menggunakan ID Ahli anda, ID tempahan yang berkaitan dan butiran tempahan. Setelah transaksi tersebut disahkan, kami akan membuat pelarasan di akaun anda.

11. Mata Ganjaran saya sah untuk berapa lama?
Semua Mata Ganjaran Agoda yang terakru dalam satu tahun kalendar akan kekal sah sehingga 31 Disember pada tahun kalendar berikutnya. Mata ganjaran yang telah tamat tempoh tidak akan dikembalikan dan akan dilupuskan daripada akaun anda. Contohnya, mata ganjaran yang diperolehi pada Jun 2008 akan tamat tempoh pada 31 Disember 2009.

12. Bolehkah saya membeli mata?
Mata Ganjaran Agoda tidak boleh dibeli.

13. Adakah saya akan mendapat Mata Ganjaran Agoda untuk tempahan yang dilakukan di bawah Polisi Jaminan Kadar Harga Terendah?
Mata Ganjaran Agoda tidak akan diberikan untuk tempahan yang telah disahkan di bawah Polisi Jaminan Kadar Harga Terendah. Untuk maklumat lanjut bagi Jaminan Kadar Harga Terendah, sila rujuk Polisi kami.

Kembali ke atas

Penebusan Mata

14. Apakah jumlah mata minimum yang boleh saya tebus dan apakah Ganjaran Standard?
Tahap penebusan minimum adalah 12.500 mata bagi semua ahli. Ahli Premier boleh menebus Mata Ganjaran bagi mana-mana tempahan hotel standard yang dibuat melalui laman Agoda Travel Network turut serta mengikut skala penebusan di bawah:

Tahap GanjaranMata yang DitebusPenjimatan (Dolar Amerika Syarikat)
112.50025
225.00050
337.50075
450.000100
562.500125
675.000150
7100.000200
8200.000400
9300.000600

Nilai mata tidak boleh digabungkan semasa melakukan tempahan hotel standard. Promosi Tawaran Istimewa mungkin menggunakan skala boleh ubah bagi penebusan mata dan ini tidak tertakluk kepada Tahap Ganjaran Standard.

Ahli Elite 75 mempunyai polisi lebih fleksibel dengan adanya 34 tahap penebusan.

Tahap GanjaranMata yang DitebusPenjimatan (Dolar Amerika Syarikat)
112.50025
215.00030
320.00040
425.00050
530.00060
635.00070
740.00080
845.00090
950.000100
1060.000120
1170.000140
1280.000160
1390.000180
14100.000200
15110.000220
16120.000240
17130.000260
18140.000280
19150.000300
20160.000320
21170.000340
22180.000360
23190.000380
24200.000400
25210.000420
26220.000440
27230.000460
28240.000480
29250.000500
30260.000520
31270.000540
32280.000560
33290.000580
34300.000600

15. Bagaimanakah saya menebus mata Ganjaran Agoda saya?
Untuk menebus mata bagi membuat tempahan, sila log masuk ke akaun anda di langkah kedua dalam borang tempahan (Butiran Pelanggan)- pautan log masuk berada di bahagian bawah sebelah kanan laman tersebut. Dalam laman Pilihan Pembayaran, anda akan nampak senarai jatuh yang anda boleh pilih bagi tahap penebusan anda.

16. Bagaimanakah saya tahu hotel mana tersedia untuk dibuat penebusan?
Anda boleh menebus mata anda di mana-mana hotel ""Kadar Istimewa Agoda"". Selepas anda memilih tarikh penginapan anda di hotel tersebut, anda akan mengetahui sama ada ia merupakan hotel ""Kadar Istimewa Agoda"" atau ""Kadar Istimewa"" dalam seksyen kadar.

17. Saya telah memilih pilihan penebusan yang salah. Bolehkah saya menebus Tahap Ganjaran yang lain?
Maaf, anda tidak boleh menukar tahap penebusan anda selepas anda menghantar permintaan tempahan anda.

18. Saya belum menebus mata di borang tempahan. Adakah saya masih mempunyai pilihan untuk membuat penebusan?
Maaf, anda tidak boleh menebus mata selepas anda menghantar permintaan tempahan anda.

19. Bolehkah saya menebus mata saya untuk kawan dan keluarga?
Mata boleh ditebus untuk kawan atau keluarga hanya apabila nama akhir salah satu daripada tetamu sepadan dengan nama akhir ahli akaun.

20. Saya telah membuat tempahan menggunakan mata saya dan ingin membatalkannya atau memendekkan penginapan saya. Adakah mata saya akan dibayar balik?
Jika anda membatalkan tempahan yang dibuat menggunakan mata anda, mata anda akan dibayar balik selepas pembatalan tempahan tersebut. Untuk tempahan bagi penginapan yang dipendekkan di mana Agoda perlu membayar balik jumlah nilai tempahan terkurang kepada anda, mata yang anda gunakan untuk membuat tempahan tersebut akan dibayar balik dahulu. Jika jumlah yang perlu dibayar balik melebihi nilai mata yang anda gunakan, anda akan dibayar balik dalam bentuk tunai tambahan kepada mata tersebut.

Kembali ke atas

Pemindahan Mata

21. Adakah Mata Ganjaran saya boleh dipindahmilik?
Secara umumnya, mata tidak boleh dipindahmilik. Sekiranya anda telah menggunakan Kad Kredit anda untuk membayar tempahan yang dibuat atas nama ahli yang bukannya nama anda, anda boleh memindah mata sepadan dengan jumlah yang dicajkan ke Kad Kredit anda kepada akaun anda dan hanya dengan kebenaran pemilik akaun di mana tempahan dilakukan.

Satu lagi pengecualian bagi pemindahan mata adalah untuk akaun yang didaftarkan di bawah nama yang sama, di mana satu akaun salinan telah dibuat akibat kesilapan teknikal. Dalam kes sebegini, kedua-dua akaun akan disatukan.

22. Bagaimanakah saya memindahkan mata antara akaun?
Jika anda ingin memindahkan mata dari akaun ahli lain ke akaun anda kerana anda telah menggunakan Kad Kredit anda untuk membuat sebahagian pembayaran tempahan, anda perlu meminta pemilik akaun tersebut untuk menghantar e-mel ke rewards@agoda.com bagi memberi kebenaran. Anda akan menerima mata sepadan dengan jumlah yang telah dicajkan ke Kad Kredit anda.

Jika anda ingin memindahkan mata antara akaun yang didaftarkan di bawah nama yang sama, anda perlu membuktikan bahawa anda pemilik kedua-dua akaun tersebut kepada kami. Ini bermaksud nama yang didaftarkan, butiran perhubungan, butiran Kad Kredit bagi kedua-dua akaun mestilah sama. Permintaan untuk menyatukan akaun dan memindahkan mata ke akaun sedia ada dan untuk menamatkan akaun salinan baru, sila e-mel rewards@agoda.com.

Kembali ke atas

Penyelesaian masalah

23. Mengapakah kad kredit saya tidak diterima?
Sila pastikan yang anda telah memasukkan nombor kad kredit yang betul. Jika anda telah menggunakan butiran yang betul dan masih mengalami masalah, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan.

24. Saya telah memasukkan kata laluan yang dihantar melalui e-mel yang didaftarkan dengan Program Ganjaran Agoda, dan ia memberi mesej ralat: "Maklumat yang anda masukkan tidak sah." Apakah kesilapan saya?
Kata laluan anda sensitif huruf, sila semak untuk memastikan kata laluan yang betul dimasukkan. Jika anda telah menggunakan butiran yang betul dan masih mengalami masalah, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami untuk bantuan. Anda juga boleh memohon untuk mendapat kembali kata laluan melalui pautan 'Lupa kata laluan anda?'.

25. Bagaimana jika saya tidak menerima ID Ahli dan kata laluan saya selepas membuat tempahan?
Jika anda belum menerima ID Ahli dan kata laluan anda setelah melengkapkan proses tempahan, sila hantarkan butiran ID Tempahan anda kepada kami melalui e-mel ke rewards@agoda.com. Kami akan dapatkan kembali maklumat berkenaan dan mengirim maklumat tersebut ke alamat e-mel yang kami ada.

26. Mengapakah ulasan hotel saya tidak dipaparkan di laman web?
Semua ulasan hotel disemak oleh editor kami sebelum dipaparkan di laman web kami untuk memastikan kandungannya mematuhi garis panduan ulasan kami. Mana-mana ulasan yang didapati tidak sesuai untuk disiarkan atas sebarang sebab tidak akan dipaparkan di laman web. Kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meluluskan ulasan anda secepat mungkin. Secara umumnya, ulasan akan dipaparkan di laman web dalam masa 10 - 14 hari. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada jumlahnya. Jika terdapat jumlah yang banyak, tempoh yang lebih lama mungkin berlaku sekali-sekala.

Kembali ke atas