Di bahagian dunia yang sering disalah anggap dan penuh misteri ini, menunggu khazanah untuk ditemui oleh pengembara yang sukakan cabaran. Timur Tengah mempunyai unsur desa yang romantik. Ia segar dan tandus pada masa yang sama. Ciri inilah yang menjadikan rantau ini seronok dijelajahi. Ia terkenal sebagai tapak bermulanya ketamadunan. Timur Tengah dipenuhi runtuhan purba dan peninggalan penting yang mengingatkan kita semua tentang bangun dan jatuhnya empayar. Di Timur Tengah terdapat beberapa kawasan paling suci di dunia, dan terdapat juga beberapa bangunan dan struktur buatan manusia termoden di dunia. Pengunjung ke Timur Tengah pasti terpukau melihat bazar yang berabad usianya serta masjid yang dihias indah. Penduduk di rantau ini masih berpakaian, bersembahyang, berurus niaga dan berseronok sama seperti beberapa abad malah mungkin satu millenia yang lalu. Sila pilih satu destinasi dari senarai untuk mendapatkan maklumat pelancongan lebih lanjut mengenai Timur Tengah.
Semua negara di Timur Tengah