Sertai    Akaun Saya   

Tambah Penanda    Rujuk Kawan

HotelUlasanGanjaranTawaran Istimewa24/7 Bantuan
Anda di sini: Home → FAQ

Sokongan Pelanggan

 Sebelum menghubungi kami sila pastikan soalan-soalan anda telah tersedia dijawab dalam soalan-soalan lazim kami.

Soalan-soalan Lazim

Hubungi Kami

Bagaimana saya mencari dan menempah hotel menggunakan perkhidmatan anda?

Agoda kini menyenaraikan lebih daripada 45,000 hotel di seluruh Asia dan di seluruh dunia. Hanya pilih destinasi yang anda suka daripada menu dan anda akan melihat pilihan hotel yang boleh diisihkan mengikut 'paling popular,' harga, nama, kadar bintang atau lokasi

Anda juga dapat menggunakan fungsi Carian Hotel kami untuk mencari hotel kegemaran anda. Sila taipkan nama hotel yang anda sedang cari di dalam kotak carian dan enjin carian dalaman kami akan menyediakan hasil carian yang sepadan dengan kriteria anda. Jika kami tidak mempunyai hotel yang anda cari, kami akan menawarkan banyak alternatif lain yang sesuai.

Hotel-hotel yang ditawarkan oleh Agoda adalah dalam kategori 2-bintang hingga 5-bintang. Kami selalunya menyediakan foto ciri-ciri penting seperti bahagian luar, bilik serta kemudahan ruang makan dan rekreasi. Kemudahan yang penting dan kemudahan yang lain akan disenaraikan pada setiap halaman hotel.

Setiap halaman hotel menyenaraikan kadar diskaun kami yang istimewa menurut kadar setiap bilik, bukan setiap orang. Semua kadar hotel dinyatakan dalam dollar Amerika. Sila gunakan Penukar Matawang kami untuk melihat nilai yang sepadan dengan mata wang negara anda. Kemudian, teruslah ke borang tempahan kami untuk membuat tempahan anda.

Pastikan juga anda membuat tempahan untuk tempoh penginapan anda yang sepenuhnya. Jika anda perlu melanjutkan penginapan anda selepas ketibaan, sila hubungi Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami supaya anda tidak akan dikenakan kadar bayaran hotel yang penuh.

 Kembali ke atas

Apakah yang berlaku apabila saya membuat tempahan?

1) Agoda mempunyai pengesahan dalam talian serta-merta untuk ribuan hotel. Selain itu, kami bekerjasama dengan banyak hotel dan pemborong yang hanya menyediakan bilik atas permintaan. Untuk bilik-bilik seperti ini, Ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami akan menghubungi pihak hotel atau pemborong kami mengenai permintaan anda. Lazimnya, kami dapat mengesahkan sesuatu tempahan atas permintaan dalam masa 1 hari kerja.

2) Jika bilik tersedia dan anda telah memberikan butiran kad kredit anda serta setuju dengan semua syarat tempahan dalam borang tempahan, maka tempahan tersebut disahkan dan satu baucar hotel akan dihantar secara automatik ke alamat e-mel anda. Baucar hotel akan hanya dikeluarkan selepas kami menerima maklumat kad kredit anda dan mengecajnya. Baucar hotel mesti ditunjukkan semasa anda daftar masuk di hotel.

 Kembali ke atas

Bolehkan saya menempah secara terus melalui hotel?

Kadar yang disenaraikan di laman web Agoda hanya terdapat melalui perkhidmatan kami. Kadar yang ditawarkan secara langsung daripada pihak hotel secara lazimnya adalah 10% hingga 50% lebih tinggi. Selain itu, anda mendapat manfaat Mata Ganjaran Agoda yang boleh digunakan untuk membuat tempahan di masa depan di mana-mana hotel yang terdapat di laman web kami.

 Kembali ke atas

Berapa lamakah masa diambil untuk memeriksa sama ada terdapat bilik kosong?

Beberapa ribu hotel kami (yang dipaparkan dengan butang hijau pada laman kami) menawarkan pengesahan serta-merta. Bagi hotel-hotel lain, kami menyemak ketersediaan bilik dengan menghubungi hotel atau pemborong kami mengenai permintaan tempahan anda. Lazimnya, kami dapat mengesahkan sesuatu tempahan atas permintaan dalam masa 1 hari kerja.

 Kembali ke atas

Adakah kadar hotel anda dikira menurut kadar setiap bilik atau setiap orang?

Kadar dipaparkan menurut harga setiap bilik, BUKAN setiap orang. Sebagai polisi umum, hotel membenarkan dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di setiap bilik.

 Kembali ke atas

Apakah polisi hotel mengenai kanak-kanak?

Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak menginap di sesebuah bilik bersama ibu bapa, sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Polisi hotel yang biasa adalah tidak mengenai caj bagi kanak-kanak jika mereka di bawah umur dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan bilangan dalam sesebuah bilik kepada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel sahaja yang mempunyai katil tambahan di dalam bilik untuk kanak-kanak, maka katil tambahan biasanya diperlukan. Beberapa hotel akan mengenakan caj untuk katil tambahan ini.

Dalam kes seperti sarapan pagi termasuk dalam harga bilik, sarapan pagi tidak termasuk bagi kanak-kanak yang berkongsi bilik bersama keluarga mereka. Kes seperti ini, pihak hotel akan mengenakan caj sarapan bagi kanak-kanak secara terus daripada pelanggan.

 Kembali ke atas

Apakah prosedur bayaran anda berkaitan penggunaan kad kredit dan selamatkah prosedur ini?

Apabila kami telah menerima butiran kad kredit anda dan mengesahkan bahawa terdapat bilik hotel yang kosong, e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda.

Agoda menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL) untuk menyulitkan semua maklumat. Untuk memeriksa kesahihan laman kami dan untuk mengesahkan bahawa talian komunikasi dan pertukaran maklumat kami benar-benar selamat, sila klik di sini.

Kad kredit anda akan dicaj oleh Agoda Company Pte Ltd, syarikat yang menguruskan semua transaksi kad kredit untuk syarikat-syarikat Agoda Travel Network companies termasuk www.agoda.com and www.planetholiday.com . Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai caj yang dikenakan kepada kad kredit anda, sila hubungi ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami. Mereka boleh dihubungi 24 jam setiap hari untuk membantu menjawab pertanyaan anda.

 Kembali ke atas

Mengapakah saya perlu menyediakan dokumen tambahan semasa proses pembayaran?

Dalam kes-kes tertentu yang jarang berlaku, kami memerlukan dokumen tambahan, seperti salinan faks kad kredit, untuk menyokong sesuatu tempahan. Ini mungkin berlaku sekiranya nama tetamu berbeza daripada nama pemegang kad; apabila bank yang memperoleh bayaran melalui transaksi kad kredit memerlukan maklumat ini; apabila tempahan didapati bernilai tinggi; atau apabila program Pengesanan Penipuan kami mengenalpasti sesuatu transaksi berisiko tinggi.

 Kembali ke atas

Apakah polisi pembatalan anda bagi tempahan hotel?

1. Jika anda ingin membatalkan tempahan anda sebelum tarikh pembatalan tertentu yang di tentukan melalui email, anda akan dikenakan yuran pembatalan sebanyak US$15.

2. Setiap pembatalan yang diterima selepas tarikh pembatalan yang telah ditentukan mellalui email (termasuk permintaan yang dibuat dalam tarikh tersebut) adalah dikenakan sebanyak satu (SATU) malam yuran pembatalan, ataupun anda akan diterangkan melalui satu email penyataan. Yuran penambahan sebanyak US$15 tidak dikenakan mengikut kes tersebut.

3. Kegagalan tiba di hotel akan dianggap sebagai pembatalan yang lewat dan akan dikenakan caj pembatalan lewat minimum sebanyak 1 (satu) malam untuk setiap bilik, KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA di dalam pengesahan e-mel. Kami mesti dimaklumkan mengenai semua pembatalan semasa waktu kerja biasa kami (GMT+7).

4. Sebarang pertukaran tempahan anda harus dibuat melalui ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami, bukan secara terus dengan hotel. Ini digunapakai bagi perubahan tarikh, pelanjutan tempoh penginapan, daftar keluar awal, ketibaan lewat atau pembatalan penuh atau sebahagian. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai tempahan anda sebelum ketibaan atau semasa menginap di hotel hendaklah diajukan kepada ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami.

5. Sila ambil perhatian bahawa memendekkan tempoh penginapan semasa musim sibuk, tempoh penginapan penuh, semasa pesta perdagangan dan konvensyen, atau kegagalan membatalkan tempahan anda sebelum tarikh tamat yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan anda, mungkin menyebabkan caj penalti oleh hotel. Jika caj penalti dikenakan, ini akan ditolak daripada jumlah yang dibayar balik.

6. Setelah ditolak sebarang caj penalti yang berkaitan, bayaran balik biasanya akan dilakukan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penyerahan

 Kembali ke atas

Siapakah yang mengusahakan Agoda? Bagaimana saya pasti saya menggunakan perkhidmatan yang sah?

Agoda, sebahagian daripada Agoda Travel Network, merupakan penyedia perkhidmatan hotel diskaun yang boleh dipercayai. Ia diusahakan oleh Agoda Company Pte Ltd, sebuah syarikat Singapura yang diurus oleh sebuah pasukan multinasional.

agoda.com merupakan ahli semasa IATA dan Ahli #96706761.

Kami sedar bahawa menempah perjalanan melalui internet mungkin pengalaman baru untuk setengah pelanggan. Oleh itu, kami juga telah menubuhkan Jaminan Berbelanja Selamat dan Privasiuntuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin.

Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Agoda Services Co Ltd
The Offices at Central World, 27th Floor
999/9 Rama I Road, Patumwan
Bangkok 10330
Thailand

Asia
Tel:+66-2-625-9100
Faks:+66-2-613-1763

 Kembali ke atas