Polisi

Jaminan Kadar Terendah

Agoda menawarkan "Jaminan Kadar Terendah" yang berikut: Jika anda telah menempah bilik hotel melalui Agoda dan kemudian menunjukkan kepada kami bahawa anda boleh menempah bilik yang sama pada tarikh yang sama pada kadar yang lebih rendah di laman web yang lain, dalam tempoh 48 jam anda membuat tempahan dengan kami, kami akan menandingi atau mengalahkan kadar tersebut. Untuk menjadikan tuntutan sah di bawah jaminan ini, ia mesti memenuhi semua Terma dan Syarat yang berkaitan dan dikemukakan dengan mematuhi prosedur Pemprosesan Tuntutan seperti di bawah.

Mengemukakan Tuntutan

Anda perlu membuktikan Ketersediaan Kadar Saingan dengan memberi kepada kami gambar skrin bercetak yang menunjukkan bilik tersedia dan kadar yang berkaitan, jenis bilik dan tarikh. Maklumat ini biasanya dinyatakan pada borang tempahan atau halaman maklumat kad kredit. Anda tidak perlu membuat tempahan di laman saingan; hanya tunjukkan kami perbandingannya.

Kadar yang "tersedia bila diminta" harus disahkan tersedia oleh pihak yang menawarkan kadar saingan dan Agoda akan menghubungi mereka untuk mengesahkan ketersediaan kadar tersebut sebelum membayar sebarang tuntutan. Agoda tidak akan membayar tuntutan kadar yang tidak tersedia apabila ejen kami memeriksa ketersediaannya.

Kemudian anda perlu memuat turun Agoda Jaminan Harga Terendah Borang Tuntutan, Jaminan Kadar Terendah Agoda, lengkapkan semua ruang yang diperlukan, cetak borang dan hantarkannya melalui faks bersama dengan bukti yang sesuai kepada sama ada +1-888-482-2235 (Amerika Syarikat), +44-207-681-1173 (Eropah) atau +66-2-613-1763 (Asia).

Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami akan memberi maklum balas kepada anda melalui e-mel dalam masa 48 jam selepas anda mengemukakan tuntutan.

Terma & Syarat

Kadar Jaminan Terendah digunapakai untuk Kadar Saingan yang sebahagian besarnya sama dengan terma yang berkaitan dengan tempahan yang dibuat melalui laman web Agoda ("Kadar Agoda"). Terma kadar demikian mungkin termasuk keperluan pembelian awal, keperluan pra-pembayaran dan cagaran serta polisi pembatalan dan pertukaran. Jaminan Kadar Terendah tidak digunapakai untuk Kadar Saingan yang mempunyai Terma Kadar yang, mengikut tafsiran Agoda sahaja, lebih ketat berbanding Kadar Terma yang ditawarkan oleh Agoda.

Jaminan Kadar Rendah tidak digunapakai untuk kadar yang tidak diumumkan, yang termasuk kadar persendirian, kadar pakej, bilik hotel yang dijual sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan dan kadar yang tidak ditawarkan kepada orang awam. Kadar yang tidak ditawarkan kepada orang awam termasuk kadar diskaun korporat, kadar kumpulan, kadar mesyuarat, sebarang kadar yang memerlukan keahlian kelab seperti seperti kadar AAA atau kadar AARP, program kesetiaan atau pertubuhan lain di mana kadar tersebut disasarkan secara khusus kepada kumpulan individu spesifik dan bukan untuk orang awam.

Tuntutan harus dikemukakan dalam masa 48 jam selepas membuat tempahan asal melalui laman web Agoda dan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan anda yang dijadualkan di hotel di mana tempahan itu dibuat. Tempahan asal dengan Agoda mesti telah dilengkapkan sepenuhnya menggunakan maklumat kad kredit yang sah supaya jaminan ini dapat digunapakai. Tempahan asal bermaksud tempahan awal yang dibuat melalui laman web Agoda dan tidak termasuk tempahan yang telah diubahsuai atau dibatalkan.

Ejen Perkhidmatan Pelanggan Agoda mempunyai hak dan budi bicara tunggal untuk menentukan kesahan sebarang tuntutan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, hak menentukan bahawa ia bagi hotel, jenis bilik dan tarikh yang sama serta mematuhi semua keperluan Terma, Syarat dan Pemprosesan Tuntutan.

Setelah tuntutan disahkan, seorang Ejen Perkhidmatan Pelanggan akan mengirimkan e-mel atau berkomunikasi cara lain dengan anda yang termasuk Nombor ID Tempahan dan kadar baru yang akan dicaj. Jika anda masih belum menerima pengesahan daripada Bahagian Perkhidmatan Pelanggan dalam tempoh 48 jam selepas mengemukakan tuntutan, anda boleh menghubungi Ejen Perkhidmatan Pelanggan melalui telefon atau e-mel untuk menyemak status tuntutan anda.

Dalam kes di mana kad kredit anda telah dicaj, Agoda akan membayar balik perbezaannya kepada kad kredit anda, jika berkaitan, dalam masa 10 hari kerja selepas mengemukakan tuntutan anda. Mata Ganjaran Agoda tidak akan diberi kepada sebarang tempahan yang disahkan di bawah polisi Jaminan Kadar yang Lebih Rendah.

Jaminan Kadar Terendah Agoda tidak boleh digabungkan dengan tawaran atau promosi lain. Agoda mempunyai hak untuk meminda, mengubah, menambah, menangguh atau menamatkan Jaminan Kadar Terendah pada bila-bila masa menurut budi bicaranya tanpa notis terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan hendaklah ditujukan kepada Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami.

Kembali ke atas

Jaminan Kedai Selamat Kami

Sistem pembayaran Agoda memastikan kerahsiaan data peribadi anda dan penggunaan kad kredit anda yang selamat untuk transaksi pelancongan. Anda boleh menggunakan maklumat kad kredit anda melalui salah satu daripada kaedah berikut:

  • Menggunakan Borang Keselamatan Maklumat Pemegang Kad Kredit Kami (SSL)
  • Melalui 'Laman Berbual Secara Langsung' bersama dengan salah seorang Agen Khidmat Pelanggan kami.
  • Menghantar faks, dengan menggunakan Borang Faks Kad Kredit (Diperlukan untuk tempahan apabila nama pelanggan dan nama pemegang kad kredit berlainan)
  • Atau dengan menelefon terus ke Pusat Khidmat Pelaggan kami

Jika anda mengalami masalah ketika memuat turun Borang Kad Kredit, anda berkemungkinan memerlukan laman Adobe Reader – klik di sini untuk muat turun Adobe. Juga sebagai alternative, klik di sini untuk menghubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami yang boleh menghantar borang kepada anda dalam bentuk teks biasa.

Kembali ke atas

Jaminan Tempahan

Tempahan yang diperoleh melalui Agoda kini juga disokong oleh Jaminan Tempahan kami. Jika tempahan anda di hotel yang disahkan (yang telah dikeluarkan baucar) tidak tersedia atau tidak dapat dipenuhi apabila anda tiba untuk mendaftar masuk dan tiada bilik kosong lain yang tersedia, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan 24-jam kami serta-merta di salah satu nombor yang tertera pada baucar hotel anda. Ejen Perkhidmatan Pelanggan kami akan mengaturkan bilik di hotel lain yang sesuai dengan kadar setara dan Agoda akan membayar penginapan malam pertama, sama dengan harga sebenar penginapan 1 malam berdasarkan tempahan asal, termasuk sebarang cukai dan caj perkhidmatan. Anda juga hanya perlu memberikan resit dan kami juga akan membayar semua perbelanjaan komunikasi yang anda buat dengan pejabat kami.

Kembali ke atas

Pembatalan Polisi

Jika anda ingin membatalkan tempahan anda sebelum tarikh tamat pembatalan yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan, yuran pembatalan sebanyak US$15 akan dikenakan.

Sebarang pembatalan yang diterima selepas tarikh tamat pembatalan yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan (termasuk permintaan yang dibuat dalam tempoh ini) tertakluk kepada yuran pembatalan minimum 1 (SATU) malam, kecuali jika anda telah dimaklumkan sebaliknya dalam e-mel pengesahan. Yuran pembatalan tambahan sebanyak US$15 TIDAK akan dikenakan dalam kes seperti ini.

Kegagalan tiba di hotel akan dianggap sebagai pembatalan lewat dan akan dikenakan yuran pembatalan minimum satu (1) malam, atau lebih, setiap bilik, kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam e-mel pengesahan.

Sebarang perubahan kepada tempahan anda mesti dibuat melalui ejen kami dan bukan terus dengan hotel. Ini digunapakai kepada perubahan tarikh, pelanjutan tempoh penginapan, daftar keluar awal, penangguhan ketibaan atau pembatalan sepenuh atau sebahagian. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai tempahan anda sebelum ketibaan atau semasa menginap di hotel hendaklah ditujukan kepada ejen Perkhidmatan Pelanggan kami. Kami mesti dimaklumkan mengenai semua pembatalan dalam tempoh masa pejabat kami yang biasa, iaitu daripada 08:00pg-6:00ptg (GMT+7).

Kembali ke atas

Polisi Pembayaran Balik

Untuk memohon pembayaran balik, sila hubungi kami melalui mana-mana cara berikut:

  • Di laman web kami agoda.com.my
  • Melalui telefon +66-2-625-9100
  • Melalui faks +66-2-613-1763
  • Melalui e-mel ke refund@agoda.com
  • Melalui 'Bual Secara Langsung' di laman web kami
  • Agoda komited menyediakan proses pembayaran balik yang mudah dan efisien. Sila ambil perhatian bahawa memendekkan tempoh penginapan pada musim sibuk, tempoh penginapan penuh, semasa pesta perdagangan dan konvensyen, atau kegagalan membatalkan tempahan anda sebelum tarikh tamat yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan, mungkin menyebabkan anda dikenakan CAJ PENALTI oleh pihak hotel. Jika sesuatu CAJ PENALTI dikenakan, ini akan ditolak daripada jumlah yang dibayar balik.
  • E-mel pengesahan anda akan menetapkan tarikh tamat tempoh pembatalan (iaitu tarikh akhir anda harus membatalkan tempahan untuk mengelakkan sebarang yuran pembatalan). Secara umumnya, tarikh tamat tempoh pembatalan ialah 14 hari sebelum ketibaan anda di hotel. CAJ PENALTI selalunya penginapan satu malam, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam e-mel pengesahan. Anda harus menjawab e-mel pengesahan menyatakan penerimaan anda mengenai CAJ PENALTI.
  • Permintaan pembatalan yang dikemukakan melalui mana-mana cara yang dinyatakan di atas, sebelum tarikh tamat yang tertera pada pengesahan anda, akan dibayar balik secara automatik 100% dalam masa 10 hari selepas permintaan diterima. Sebarang permintaan pembatalan yang dikemukakan selepas tarikh tamat yang tertera pada pengesahan anda juga akan diproses dalam masa 10 hari, dan sebarang CAJ PENALTI berkaitan akan ditolak daripada jumlah yang dibayar balik.
  • Dalam kebanyakan kes, pembayaran balik untuk penginapan yang dipendekkan akan dibuat dalam masa 10 hari, setelah menolak sebarang CAJ PENALTI yang berkenaan; dan jika anda memaklumkan kami (dengan mana-mana cara di atas) sebelum memendekkan penginapan anda, kami dapat mencepatkan proses pembayaran balik. Walau bagaimanapun, jika anda memaklumkan kami selepas anda mendaftar keluar, beberapa pembayaran balik untuk penginapan yang dipendekkan mungkin mengambil masa lebih lama kerana beberapa hotel agak lambat mengesahkan tarikh sebenar penginapan anda. Jika pembayaran balik kepada anda mengambil masa lebih daripada 10 hari untuk diproses, kami akan memaklumkannya melalui e-mel sebaik sahaja menerima permintaan anda.

Kembali ke atas

Mengenai Agoda

Agoda (agoda.com) ialah sebuah perkhidmatan tempahan hotel dalam talian yang mengkhusus kepada mendapatkan harga hotel diskaun terendah di Asia. Agoda adalah sebahagian daripada Priceline.com (Nasdaq: PCLN). Beribu pejabat di Singapura dan operasinya di Bangkok dan Filipina, rangkaian Agoda meliputi 7,000 hotel di Asia dan lebih daripada 85,000 di serata dunia. Tenaga pekerja seramai 300 profesional menawarkan perkhidmatan tempahan kelas pertama yang menggabungkan pengetahuan tempatan dan rangkaian tempatan bagi menyediakan tawaran hotel terbaik kepada pelancong yang mempunyai urusan perniagaan mahupun riadah.

Agoda merupakan perkhidmatan yang menghubungkan mereka yang mencari tawaran hotel yang baik dengan pemborong pelancongan. Rakan kongsi yang telah kami pilih hanya syarikat paling besar, mempunyai reputasi paling baik yang telah lama beroperasi di Asia dan seluruh dunia, serta mempunyai hubungan dengan organisasi berikut:

  1. ASTA (American Society of Travel Agents)
  2. IATA (International Air Transport Association)
  3. PATA (Pacific Asia Travel Association)
  4. HKTA (Hong Kong Tourist Association)
  5. ATTA (Association of Thai Travel Agents)
  6. TIC (Travel Industry Council)

Matlamat organisasi kami ialah menjadi penyedia internet #1 bagi bilik hotel diskaun dan produk pelancongan lain. Kami sedar bahawa membuat tempahan pelancongan anda melalui Internet sesuatu yang baru dan semua usaha kami berteraskan usaha mewujudkan reputasi perkhidmatan berkualiti dan boleh dipercayai. Oleh kerana itu, kami juga telah mewujudkan "Jaminan Berbelanja Selamat dan Privasi" untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin.

Kembali ke atas

Penafian

1. Agoda berusaha untuk memastikan bahawa sebarang maklumat atau kadar yang dipaparkan di laman web ini adalah tepat pada tarikh ia dikeluarkan. Perubahan suasana pasaran atau keadaan mungkin berlaku selepas tarikh maklumat ini dikeluarkan yang mungkin menjadikan maklumat yang dipaparkan di laman web ini tidak lagi tepat atau tidak lagi mencerminkan kedudukan semasa.

2. Oleh itu Agoda dengan jelas menafikan sebarang pernyataan, jaminan atau janji berhubung ketepatan, kelengkapan, kualiti atau kecukupan sebarang maklumat laman web ini.

3. Walaupun Agoda berusaha sepenuhnya untuk bekerjasama dengan hotel yang menyediakan standard perkhidmatan dan penginapan yang boleh diterima untuk harga yang dibayar, namun kami dengan jelas menafikan sebarang perwakilan, jaminan atau janji mengenai kualiti atau kecukupan mana-mana hotel yang disenaraikan di laman web kami.

Kembali ke atas