 | Khidmat Pelanggan Sebelum menghubungi kami sila pastikan soalan-soalan anda telah tersedia dijawab dalam soalan-soalan lazim kami.
|
|
Bagaimana saya mencari dan menempah hotel menggunakan perkhidmatan anda?
Agoda menyenaraikan 85,000 hotel di serata Asia dan di seluruh dunia. Anda perlu pilih destinasi kesukaan anda melalui menu pilihan seperti ' paling popular', 'harga', 'nama', 'kadar bintang' atau 'lokasi'.
Anda boleh menggunakan kotak 'Cari' untuk mencari hotel kesukaan anda. Anda hanya perlu taip nama hotel melalui kotak carian dan enjin carian kami akan menyediakan hasil carian yang sepadan dengan kriteria anda. Jika kami tidak mempunyai hotel yang anda cari, kami akan menawarkan banyak alternatif lain yang sesuai untuk anda.
Hotel-hotel yang ditawarkan oleh Agoda adalah dalam kategori 2-bintang hingga 5-bintang. Kami selalunya menyediakan foto ciri-ciri penting seperti bahagian luar, bilik serta kemudahan ruang makan dan rekreasi. Kemudahan yang penting dan kemudahan yang lain akan disenaraikan pada setiap halaman hotel.
Setiap halaman hotel menyenaraikan kadar diskaun kami yang istimewa menurut kadar setiap bilik, bukan setiap orang.
Pastikan juga anda membuat tempahan untuk tempoh penginapan anda yang sepenuhnya. Jika anda ingin melanjutkan penginapan selepas ketibaan, sila hubungi Ejen Khidmat Pelanggan kami supaya anda tidak akan dikenakan kadar bayaran hotel yang penuh.
Kembali ke atas
Apakah yang berlaku apabila saya membuat tempahan?
Untuk memastikan kami mampu menawarkan kadar terbaik, kami bekerjasama dengan hotel dan rakan kongsi untuk menyediakan proses yang terbaik. Bergantung kepada tempahan, terdapat 3 perkara yang boleh berlaku:
1) Kadar Istimewa Agoda (tersedia) - Bayaran dalam talian: Agoda menawarkan pengesahan serta-merta untuk beribu-ribu hotel. Ini ditandakan 'tersedia' dengan jelas di bawah butang tempahan. Jika bilik tersedia dan anda mengemukakan butiran kad kredit dan bersetuju dengan syarat-syarat tempahan pada borang tempahan, tempahan tersebut kemudiannya disahkan dan baucer hotel akan dihantar secara automatik ke alamat e-mel anda. Baucer hotel ini hanya dikeluarkan selepas kami mengesahkan dan mengecaj kad kredit anda. Baucer hotel DAN kad kredit mesti dikemukakan semasa mendaftar masuk di hotel, bersama-sama dengan Kad Pengenalan atau paspot yang sah.
2) Kadar Istimewa Agoda (Dalam permintaan) - Bayar dalam talian: Kami juga bekerjasama dengan hotel dan pemborong yang menyediakan bilik "Dalam permintaan". Ini ditandakan 'Dalam permintaan' dengan jelas di bawah butang tempahan. Bagi bilik-bilik ini, ejen Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi hotel atau pemborong berkenaan dengan permintaan anda. Biasanya kami boleh mengesahkan penempahan melalui permintaan dalam tempoh 1 hari bekerja. Kami akan mengecaj kad anda hanya setelah tempahan berkenaan disahkan.
3) Kadar Istimewa - Bayar di hotel: Agoda bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain untuk memastikan kami menawarkan kadar yang terbaik. Jika anda memilih untuk menginap di sebuah hotel di mana rakan kongsi Agoda menawarkan kadar paling rendah, kami akan mengesahkan penempahan anda dan menghantar e-mel pengesahan. Sila ambil perhatian: Dalam kes seperti ini kami tidak akan mengecaj kad anda. Anda akan diminta untuk membayar terus di hotel semasa mendaftar keluar dan polisi pembatalan hotel tersebut akan digunakan. Hotel-hotel ini juga ditandakan 'tersedia' di bawah butang tempah dan tajuk seksyen kadar adalah 'Kadar Istimewa' bukannya 'Kadar Istimewa Agoda’.
Kembali ke atas
Bolehkan saya menempah secara terus melalui hotel?
Kadar yang disenaraikan di laman web Agoda hanya terdapat melalui perkhidmatan kami. Kadar yang ditawarkan secara langsung daripada pihak hotel secara lazimnya adalah 10% hingga 50% lebih tinggi. Selain itu, anda mendapat manfaat Mata Ganjaran Agoda yang boleh digunakan untuk membuat tempahan di masa depan di mana-mana hotel yang terdapat di laman web kami.
Kembali ke atas
Berapa lamakah masa diambil untuk memeriksa sama ada terdapat bilik kosong?
Beberapa ribu hotel kami (yang dipaparkan dengan butang hijau pada laman kami) menawarkan pengesahan serta-merta. Bagi hotel-hotel lain, kami menyemak ketersediaan bilik dengan menghubungi hotel atau pemborong kami mengenai permintaan tempahan anda. Lazimnya, kami dapat mengesahkan sesuatu tempahan atas permintaan dalam masa 1 hari kerja.
Kembali ke atas
Adakah kadar hotel anda dikira menurut kadar setiap bilik atau setiap orang?
Kadar dipaparkan menurut harga setiap bilik, BUKAN setiap orang. Sebagai polisi umum, hotel membenarkan dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun di setiap bilik.
Kembali ke atas
Apakah polisi hotel mengenai kanak-kanak?
Kebanyakan hotel membenarkan kanak-kanak menginap di sesebuah bilik bersama ibu bapa, sama ada dengan atau tanpa katil tambahan. Polisi hotel yang biasa adalah tidak mengenai caj bagi kanak-kanak jika mereka di bawah umur dua belas tahun. Beberapa hotel akan menghadkan bilangan dalam sesebuah bilik kepada dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Hanya beberapa hotel sahaja yang mempunyai katil tambahan di dalam bilik untuk kanak-kanak, maka katil tambahan biasanya diperlukan. Beberapa hotel akan mengenakan caj untuk katil tambahan ini.
Dalam kes seperti sarapan pagi termasuk dalam harga bilik, sarapan pagi tidak termasuk bagi kanak-kanak yang berkongsi bilik bersama keluarga mereka. Kes seperti ini, pihak hotel akan mengenakan caj sarapan bagi kanak-kanak secara terus daripada pelanggan.
Kembali ke atas
Apakah prosedur bayaran anda berkaitan penggunaan kad kredit dan selamatkah prosedur ini?
Apabila kami telah menerima butiran kad kredit anda dan mengesahkan bahawa terdapat bilik hotel yang kosong, e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda.
Agoda menggunakan teknologi Secure Socket Layer (SSL) untuk menyulitkan semua maklumat. Untuk memeriksa kesahihan laman kami dan untuk mengesahkan bahawa talian komunikasi dan pertukaran maklumat kami benar-benar selamat, sila klik di sini.
Kad kredit anda akan dicaj oleh Agoda Company Pte Ltd, syarikat yang menguruskan semua transaksi kad kredit untuk syarikat-syarikat Agoda Travel Network companies termasuk www.agoda.com.my and www.planetholiday.com . Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai caj yang dikenakan kepada kad kredit anda, sila hubungi ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami. Mereka boleh dihubungi 24 jam setiap hari untuk membantu menjawab pertanyaan anda.
Kembali ke atas
Apakah yang perlu saya lakukan jika kad kredit saya menunjukkan caj berbeza sedikit daripada yang ditunjukkan pada resit saya?
Perbezaannya merupakan yuran yang dikenakan oleh bank anda ke atas transaksi itu. Krisis kewangan global bersama dengan undang-undang terbaru di Amerika Syarikat telah menyebabkan industri perbankan dan kad kredit mengalami tekanan signifikan terhadap keuntungan mereka. Akibatnya, banyak bank telah meningkatkan yuran berkaitan dengan transaksi antarabangsa secara drastik dalam usaha untuk mendapatkan balik kerugian dalam bahagian lain. Malangnya, amalan perniagaan yang diragui ini di luar kawalan kami sepenuhnya.
Jika ini terjadi pada anda, sila beritahu kami dan kami anda cuba sedaya upaya kami untuk membantu anda mendapatkan balik yuran ini daripada bank anda. Kami tahu betapa menyakitkan hati apabila merasakan diri kita tertipu, walaupun jika jumlahnya kecil, dan kami betul-betul komited untuk memastikan agar anda membayar jumlah sebenarnya yang ditunjukkan pada skrin dan tidak satu sen pun lebih daripada itu.
Sekiranya bank anda berkeras untuk memperoleh keuntungan daripada anda, kami akan membayar anda balik perbezaannya (dan mengesyorkan bank lain!).
Kembali ke atas
Mengapakah saya perlu menyediakan dokumen tambahan semasa proses pembayaran?
Dalam kes-kes tertentu yang jarang berlaku, kami memerlukan dokumen tambahan, seperti salinan faks kad kredit untuk menyokong sesuatu tempahan. Ini mungkin berlaku sekiranya nama tetamu berbeza daripada nama pemegang Kad Kredit; pihak bank yang memperolehi bayaran melalui transaksi kad kredit memerlukan maklumat ini apabila tempahan didapati bernilai tinggi; atau apabila program Pengesanan Penipuan kami mengenal pasti sesuatu transaksi yang berisiko tinggi. Walaupun ada masanya kami mungkin melengkapkan tempahan anda sebelum dokumen-dokumen daripada anda diterima. Pihak kami tidak akan dapat memuktamadkan dan mengesahkan tempahan sehingga dokumentasi yang dihantar telah disahkan.
Pihak kami juga mungkin menghubungi anda untuk mengesahkan butiran-butiran tersebut.
Kembali ke atas
Apakah polisi pembatalan anda bagi tempahan hotel?
1. Kecuali dinyatakan sebaliknya secara khusus dalam polisi pembatalan, pembatalan yang diterima sebelum tempoh atau tarikh yang dinyatakan dalam polisi pembatalan akan dikenakan yuran pemprosesan bersamaan dengan US$15, bergantung kepada mata wang yang dipilih dan kadar pertukaran pada masa tempahan.
2. Setiap pembatalan yang diterima selepas tarikh yang telah ditentukan melalui email (termasuk permintaan yang dibuat pada tarikh tersebut) adalah dikenakan sebanyak satu (SATU) malam yuran pembatalan, ataupun telah diterangkan melalui satu email penyataan. Yuran penambahan sebanyak US$15 tidak dikenakan mengikut kes tersebut.
3. Kegagalan tiba di hotel akan dianggap sebagai pembatalan yang lewat dan akan dikenakan caj pembatalan lewat minimum sebanyak 1 (satu) malam untuk setiap bilik, KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA di dalam pengesahan e-mel. Kami mesti dimaklumkan mengenai semua pembatalan semasa waktu kerja biasa kami (GMT+7).
4. Sebarang pertukaran tempahan anda harus dibuat melalui ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami, bukan secara terus dengan hotel. Ini digunapakai bagi perubahan tarikh, pelanjutan tempoh penginapan, daftar keluar awal, ketibaan lewat atau pembatalan penuh atau sebahagian. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai tempahan anda sebelum ketibaan atau semasa menginap di hotel hendaklah diajukan kepada ejen-ejen Perkhidmatan Pelanggan kami.
5. Sila ambil perhatian bahawa memendekkan tempoh penginapan semasa musim sibuk, tempoh penginapan penuh, semasa pesta perdagangan dan konvensyen, atau kegagalan membatalkan tempahan anda sebelum tarikh tamat yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan anda, mungkin menyebabkan caj penalti oleh hotel. Jika caj penalti dikenakan, ini akan ditolak daripada jumlah yang dibayar balik.
6. Setelah ditolak sebarang caj penalti yang berkaitan, bayaran balik biasanya akan dilakukan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh penyerahan
Kembali ke atas
Siapakah yang mengusahakan Agoda? Bagaimana saya pasti saya menggunakan perkhidmatan yang sah?
Agoda adalah sebahagian daripada Priceline.com (NASDAQ : PCLN), salah satu ejen pelancongan dalam talian yang terbesar dan paling mantap di dunia. Agoda diusahakan oleh Agoda Company Pte Ltd, sebuah syarikat Singapura yang diurus oleh sebuah pasukan multinasional. Agoda merupakan penyedia perkhidmatan hotel diskaun yang dipercayai sejak 1997, melayan lebih daripada 1,000,000 pelancong.
Agoda.com merupakan ahli semasa IATA dan Ahli #96-6 2709 0.
Kami sedar bahawa menempah perjalanan melalui internet mungkin satu pengalaman baru untuk sesetengah pelanggan. Oleh kerana itu, kami juga telah mewujudkan Polisi Berbelanja Selamat dan Polisi Privasi kami untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin.
Pusat Perkhidmatan Pelanggan
Agoda Services Co Ltd
The Offices at Central World, 27th Floor
999/9 Rama I Road, Patumwan
Bangkok 10330
Thailand
Asia| Tel: | +66-2-625-9100 |
| Faks: | +66-2-613-1763 |
Kembali ke atas