mengenai agoda
 | Maklumat berkenaan Agoda |
Apakah Agoda?
Agoda (agoda.com.my) ialah sebuah perkhidmatan tempahan hotel dalam talian yang mengkhusus kepada mendapatkan harga hotel diskaun terendah di Asia. Agoda adalah sebahagian daripada Priceline.com (Nasdaq:PCLN). Beribu pejabat di Singapura dan operasinya di Bangkok dan Filipina, rangkaian Agoda meliputi 7,000 hotel di Asia dan lebih daripada 85,000 di serata dunia. Tenaga pekerja seramai 300 profesional menawarkan perkhidmatan tempahan kelas pertama yang menggabungkan pengetahuan tempatan dan rangkaian tempatan bagi menyediakan tawaran hotel terbaik kepada pelancong yang mempunyai urusan perniagaan mahupun riadah.
Kembali ke atas
Kenapa Agoda?
Agoda merupakan sebuah syarikat Asia. Ia ditubuhkan oleh sebuah pasukan multinasional yang berkongsi keghairahan melancong. Pasukan Agoda terdiri daripada warga China, Thailand, Jepun, Australia, India, Amerika Syarikat dan Eropah. Mereka berkumpul di Bangkok dan Singapura untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam talian yang lebih baik, memenuhi keperluan rakan-rakan pelancong selain mempromosikan serta menggalakkan pelancongan. Agoda dikelolakan, dimiliki dan diurus oleh mereka yang mengambil berat dan mengabdikan kehidupan mereka kepada pelancongan. Staf Agoda ingin membina sebuah syarikat yang berbeza--perkhidmatan tempahan bertaraf dunia dan perkhidmatan pelanggan 24/7 yang berpengetahuan luas serta ramah. Kami menggunakan hubungan tempatan kami untuk menawarkan kepada anda lebih banyak tawaran hebat serta pengalaman internet yang mesra pengguna. Kami menggunakan perhubungan tempatan dan pengetahuan untuk menawarkan anda tawaran hebat untuk banyak hotel dan pelayan internet yang ramah serta berpengalaman.
Kembali ke atas
Dipercayai
Namanya mungkin baru, tetapi syarikatnya tidak. Anda mungkin pernah membuat tempahan dengan Agoda di masa lalu tetapi tidak menyedarinya. Syarikat Agoda telah mengendalikan pelancongan dalam talian untuk kira-kira 500,000 pelanggan. Ribuan laman internet lain mempercayai Agoda untuk menyediakan inventori dan semua aspek perkhidmatan pelanggan; sudah tentu anda juga. Pengalaman sebenar ini menerangkan mengapa Agoda telah menjadi lebih kuat, walaupun industri pelancongan mengalami masalah akibat keganasan global, wabak dan bencana alam. Agoda ialah sebuah syarikat yang dipercayai oleh para pembekal dan pelanggan. Kami sentiasa bertanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan kongsi, sentiasa dapat dihubungi, sentiasa tersambung. Hari ini anda memerlukan syarikat dalam talian yang berpegang pada janjinya dan harganya, dan meletakkan perkhidmatan melebihi segalanya. Dari saat anda mula berinteraksi dengan Agoda, anda akan mengalami sentuhan manusia sebenar di sebalik teknologi. Jangan menerima apa yang kurang daripadanya
Kembali ke atas
Misi agoda
Kepercayaan teras Agoda ialah melalui pelancongan kita membuka fikiran kepada idea, kebudayaan dan cara pemikiran baru. Pelancongan memaksa kita untuk mengkaji semula kecenderungan, tabiat dan kebiasaan kita. Ini membantu kita faham bagaimana orang lain melihat kita. Sama ada untuk urusan perniagaan atau berseronok, ke bandaraya terdekat atau ke benua paling jauh, yang penting ialah bertemu orang berlainan dan cara pemikiran yang berlainan
Kembali ke atas
Berkongsi keghairahan dengan pelanggan
Sebahagian daripada mempromosi pelancongan ialah menjadikannya murah dan mudah diurus. Ini sebabnya kami sentiasa berusaha berkongsi nikmat melancong pada harga yang lebih rendah. Agoda sentiasa berusaha menawarkan harga orang dalam, supaya perjalanan anda lebih jauh dan lebih kerap. Kami mencari harga yang dibayar oleh orang tempatan, tawaran untuk 'mereka yang tahu' dan kami menawarkannya kepada semua pelanggan Agoda
Pelanggan berulang mendapat penjimatan lebih besar melalui Program Ganjaran kami.
Kerana kami banyak mengembara, kami cuba mengulangi perkara yang benar-benar berjaya:
perkhidmatan peribadi di resort lima-bintang
spilihan luas yang hanya boleh ditawarkan oleh syarikat bebas
teknologi terkini untuk mengecilkan pilihan anda dan melaksanakan keputusan anda secepat mungkin
harga perjalanan di Asia yang hanya boleh diberikan oleh syarikat
perkhidmatan pelanggan secara langsung 24/7 untuk memastikan semuanya berjalan lancar
perkhidmatan dalam talian melalui bahasa tempatan
Agoda sentiasa berusaha memastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik pada harga terendah. Justeru, anda tidak akan melihat iklan Agoda di televisyen dan papan iklan, tetapi anda akan melihat kami melakukan perkara-perkara yang hebat. Agoda menggunakan sumber dan rangkaiannya untuk mempromosikan pelancongan, untuk membantu orang yang memerlukan dan menyokong usaha berkaitan pelancongan.
Kembali ke atas
"PERGI" merupakan teras AGODA!
Perkataan 'agoda' bukan membawa makna yang eksotik. Ia dicipta secara kebetulan.
Pasukan kami cuba memikirkan satu nama. Namun ia begitu sukar kerana Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda beberapa ahli kami. Kami menjumpai Agoda dalam senarai nama domain untuk dijual dan seseorang telah mencadangkan frasa menarik: "Agoda ke mana sahaja saya ingin pergi!" Apa yang beliau maksudkan ialah "Saya pergi ke mana sahaja saya ingin pergi." Ini melekat di fikiran. Kami melihatnya sebagai bahasa dunia mengatakan "Saya pergi ke."
Apa yang penting ialah perkataan 'pergi' menjadi asas Agoda. Itu yang kami mahu anda lakukan. Pergi! Keluar ke sana. Melancong, alami dan luaskan sempadan anda, tidak kira sama ada urusan perniagaan atau bercuti.
Kembali ke atas
Sertai kami
Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda dalam pasukan kami atau sebahagian daripada kami. Kami amat menghargai komen anda. Hubungi kami melalui e-mel di info@agoda.com atau salah satu talian kami. Kami harap anda seronok dengan Agoda dan menikmati perjalanan yang hebat.
Teruskan melancong,
Kumpulan Agoda
Kembali ke atas