Enter your dates below to check availability and book this hotel

Colmar Tropicale Hotel, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale Hotel, Bukit Tinggi
Kadar:

Bilangan bilik: 260

Lokasi: Bukit Tinggi

Alamat: Km 48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak,, Bukit Tinggi, Malaysia

Ulasan Pelanggan

Colmar Tropicale yang aman dan damai Pemarkahan Pelanggan: 8

clarence @.

Malaysia

Pasangan

Tarikh: 28 Jun 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 10/10
 Prestasi Pekerja: 8/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 8/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 8/10
 Makanan: 6/10

Tempat yang menarik, susunan di dalam hotel yang kemas dan ringkas, terasa seperti di rumah sendiri, layanan pekerja yang baik, aman dan damai

Setakat ini sungguh berpuas hati

Sebelum pergi ke Bukit Tinggi setelah tempahan dibuat, kami berasa risau kerana membaca ulasan-ulasan di internet yang kebanyakannya negatif. Tetapi setelah kami pergi dan berada di sana selama tiga hari dua malam, kami mendapati tempat tersebut sangat menarik, aman dan damai. Hiasan dalaman bilik hotel yang ringkas dan selesa membuatkan kami seperti berada di rumah sendiri. Apabila bersiar-siar di sekitar hotel, kami melihat pemandangan yang sungguh cantik. Untuk sesiapa yang ingin sekali sekala berada di sini untuk berehat dan jauh dari kesibukan kota, Colmar Tropicale adalah tempatnya dan ianya juga sesuai untuk pasangan yang telah berkeluarga.

Tip Ciri-ciri Hotel : Hotel yang selesa, pemandangan yang menarik, aman dan damai




  peta kawasan hotel


hotel yang dilihat baru-baru ini

Tandakan hotel untuk menambahkan ke senarai pendek

Anda boleh bandingkan maksimum 5 hotel.

x Kosongkan Sejarah


ganjaran agoda&
1Tempah mana-mana bilik dan tambah ganjaran secara automatik sebanyak 4% - 7% untuk harga bilik.
2Gunakan mata anda untuk penjimatan bagi tempahan masa depan!

maklumat lanjut


Customer Support