Enter your dates below to check availability and book this hotel

Hotel Ibis Mangga Dua, Jakarta

Hotel Ibis Mangga Dua, Jakarta
Kadar:

Bilangan bilik: 119

Lokasi: North Jakarta

Alamat: jl pangeran jayakarta no.73 jakarta 10730 indonesia, Jakarta, Indonesia

Ulasan Pelanggan

Hotel Harga Patut Pemarkahan Pelanggan: 6.7

abd M.

Malaysia

Pengembara Perseorangan

Tarikh: 13 Jun 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 8/10
 Prestasi Pekerja: 6/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 6/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 6/10
 Makanan: 6/10

Kelengkapan dan kemudahan yang diberikan berpatutan dengan harganya. Berhampiran dengan pusat membeli belah ICT Mangga Dua, merupakan kelebihan kepada hotel ini terutama kepada yang suka membeli belah. Ruang bilik agak selesa.

Jalan masuk ke hotel tidak menarik pandangan dengan gerai-gerai disepanjang jalan masuk yang agak sempit, tidak menyenangkan bagi yang pertama kali mengunjungi Jakarta. Ruang bilik mandi(shower) agak sempit terutama bagi mereka yang berbadan besar. Bilik rakan saya mengalami masaalah pada alat kawalan aircond dimana aircond akan terpadam dengan sendirinya. Walaupun lapuran telah dibuat namun tiada kerja baik pulih yang dilakukan sehingga kami pulang.

Secara keseluruhanya kami berpuashati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan berpatutan debgn harganya... Cuma agak mengecewakan apabila tiada tindakan yng diambil untuk membaiki kerosakan yang dilapurkan, tiga malam tidur dibilik rakan sebelah kerana bilik panas. Usaha untuk memindahkan kebilik lain juga tidak diambil walaupun telah di minta.

Hotel Terbaik Pemarkahan Pelanggan: 8

mohd Z.

Malaysia

Keluarga Bersama-sama Anak-anak

Tarikh: 10 Jun 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 8/10
 Prestasi Pekerja: 8/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 8/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 8/10
 Makanan: 8/10

Hotel Ibis merupakan hotel yang terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah dan kemudahan awam senang di dapati malahan layanan kakitangan hotel begitu memuaskan dan bertindak dengan begitu cepat.

Hotel Ibis mempunyai kekurangan dan memerlukan sedikit perubahan dari segi pintu masuk ke hotel. Jalan nya terlalu kecil dan begitu sibuk sekali dan menjadi lebih teruk apabila bas-as persiaran di letakkan di tepi jalan menuju ke hotel. Ia memerlukan satu sistem di mana bas-bas persiaran mempunyai tempat letak khas.

Secara keseluruhannya hotel ini begitu memuaskan dari segi layanan, kakitangan yang terlatih dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelanggan. Ianya pula terletak berhampiran dengan pusat membeli-belah dan kemudahan awam seperti teksi senang di dapati.Hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik tetapi mempunyai apartment untuk di sewakan bagi keluarga yang besar. Semuanya senang di dapati di sini dan yang teramat penting sekali adalah harganya yang berpatutan.Bagi saya, mungkin akan kembali lagi ke sini.

Tip Membeli Belah : Pusat membeli-belahnya berhampiran dengan tempat penginapan. Tempat makannya pun terletak berhampiran dan kemudahan awam senang di dapati.

Tempat penginapan yang strategik Pemarkahan Pelanggan: 8.3

rohamezan R.

Malaysia

Pasangan

Tarikh: 07 Jun 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 8/10
 Prestasi Pekerja: 10/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 8/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 8/10
 Makanan: 8/10

Keadaan hotel yang memuasakan, tenang dan mempunyai permandangan yang menarik jika tinggal di bilik bilik yang tinggi

tiada apa apa kekurangan

lokasi hotel yang strategik, sesuai kepada sesiapa yang suka membeli belah, ITC mangga dua hanya lima minit atau kurang hanya dengan berjalan kaki. Banyak tempat makan di sekitar hotel. hanya perlu memilih sahaja. Waktu malam yang amat meriah, ada pasar malam setiap hari, boleh untuk mendapatkan barang barang yang lebih murah dari ITC. Kalau perlu untuk ke Carrefour, hanya 5 -20 min, dengan teksi. bergantung kepada kesesakan jalan, walaupun hanya 1 km dari hotel.

Tip Membeli Belah : kebanyakan kedai tutup awal, dalam 7pm WIB, jadi jangan fikir boleh shooping sampai malam.

Bermalam di Apartment/ Hotel Ibis Jakarta Pemarkahan Pelanggan: 8

abdul H.

Malaysia

Keluarga Bersama-sama Anak-anak

Tarikh: 05 Jun 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 10/10
 Prestasi Pekerja: 8/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 8/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 6/10
 Makanan: 8/10

Berhampiran Pusat Beli Belah Mangga Dua, Jakarta

Suasana bilik perlu lebih kondunsif. Perlu permaidani @ tikar di apartment. Sediakan selipar.

Apartment/Hotel Ibis, Mangga Dua Jakarta merupakan hotel yang menarik kerana terletak berhampiran pusat beli belah Mangga Dua. Hotel berkenaan juga terbukti menjaga keselamatan pengunjung. Selain itu, pengunjung boleh berjalan kaki di mana-mana kawasan sekitar untuk mendapatkan makanan tanpa mengira masa. Hotel dan Apartmen Ibis turut menyediakan kakitangannya yang peramah dan sentiasa mempamerkan senyuman. Hotel turut menyediakan kenderaan untuk pengunjung untuk ke mana-mana sekitar Jakarta. Hotel/Apartment Ibis merupakan penginapan terbaik di Jakarta dengan harga yang berpatutan. Menginaplah di sini bersama keluarga dan anak-anak atau rakan taulan yang berkunjung ke sini.

Tip Membeli Belah : Mudah membeli belah, elakkan kesesakan lalu lintas. Barangan yang ditawarkan menarik dan murah.

Berhampiran kawasan beli-belah Pemarkahan Pelanggan: 7.7

zirawani B.

Malaysia

Lain-lain

Tarikh: 27 May 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 10/10
 Prestasi Pekerja: 6/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 8/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 8/10
 Makanan: 6/10

Bilik yang cantik dan nyaman. pemandangan yang menarik dr tingkat 16 bilik kami.. Cuma 5 minit berjalan kaki ke dunia beli-belah - Pasar Pagi Mall, Mangga 2.

Pengalaman kelam kabut oleh staff hotel sewaktu check-out membuatkan kami tidak berkesempatan mengambil photo di kawasan hotel.

Kedudukan hotel yang strategik amat menyenangkan hati. Waktu malam yang tidak membosankan...dengan pasar malam di luar kawasan hotel... 5 minit berjalan kaki ke pasar pagi mangga dua. Amat membahagiakan tinggal di Ibis Mangga2 hotel...bilik yang berish dan nyaman...dekorasi yang cantik dan sejuk mata memandang. bilik air yang bersih melainkan bahagian mandian yang bertakung air meninggalkan sedikit kekecewaan di hati. walau bagaimanapun inilah hotel yang bernilai untuk keselesaan jika dibandingkan dari segi kos penginapan. Saya dan keluarga sangat suka tinggal di sini.

Tip Membeli Belah : 5 minit berjalan kaki ke dunia beli-belah, pasarPagi Mangga Dua. Harus pandai tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang murah. Pengurup wang terbaik di tingkat 2 Pasar Pagi Mall, bersebalahan OCBC Bank. Untuk yang membawa anak-anak sangat sesuai ke Dufan, Ancol. Cuma lebih kurang 15 minit ke sana.

hotel yang memberi sejuta kemudahan Pemarkahan Pelanggan: 10

norlaila T.

Malaysia

Lain-lain

Tarikh: 19 May 2009

 Harga Kewangan: 10/10
 Lokasi: 10/10
 Prestasi Pekerja: 10/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 10/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 10/10
 Makanan: 10/10

lokasi hotel yang terletak di tengah kotaraya Jakarta amat mudah untuk ke semua destinasi.Yang paling utama dekat dengan Mangga Dua Mall.Pengunjung hanya berjalan kaki sahaja.tempat untuk menukar wang juga mudah.

kawasan gerai di tepi hotel tempat laluan ke Mangga Dua Mall terlalu berbau..

Ibis Mangga Dua adalah hotel yang sesuai untuk semua sekiranya ke Jakarta kerana lokasi yang amat memudahkan untuk ke semua destinasi.Kemudahan seperti teksi yang sentiasa berada di depan hotel amat lah baik bagi pengunjung yang tidak perlu berjalan jauh untuk mencari kenderaan.Pusat money changer juga berada berhampiran malah pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan tersebut.Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan layan dari pihak Ibis Mangga Dua.Syabas

Tip Ciri-ciri Hotel : kemudahan pengangkutan awam yang sentiasa ada didepan hotel.mereka ini sememangnya boleh dipercayai.makanan di hotel juga memuaskan sekiranya pengunjung tidak sesuai dengan makanan di gerai berhampiran

pandangan untuk first time traveler's Pemarkahan Pelanggan: 8.3

mohd S.

Malaysia

Pasangan

Tarikh: 08 May 2009

 Harga Kewangan: 8/10
 Lokasi: 8/10
 Prestasi Pekerja: 8/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 10/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 10/10
 Makanan: 6/10

saya kagum bangat dengan hotel tersebut selaku first impression of first time travelers. saya berpuas hati dari servis yang diberikan baik dari front counter sehingga concierge.

sukar mendapatkan iron untuk menggosok baju.bila ditelefon, bisa turun tingkat tujuh ke laundry room untuk mendapatkan servis. kalau boleh, iron bisa di hantar ke bilik kerana hotel pun sudah mengambil deposit sebanyak rp 200,000 dan jika ada sebarang kehilangan, bisa di charge atas deposit itu. kalau boleh disediakan informasi2 berbentuk folder mahupun phampelet agar senang pengunjung mendapatkan sebarang bentuk informasi mengenai jakarta.

secara keseluruhannya, BAGUS dan bisa keep the good service.

ulasan tentang perkhidmatan hotel ibis mangga dua Pemarkahan Pelanggan: 9.7

loi T.

Malaysia

Pasangan

Tarikh: 07 Apr 2009

 Harga Kewangan: 10/10
 Lokasi: 8/10
 Prestasi Pekerja: 10/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 10/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 10/10
 Makanan: 10/10

hotel ibis mangga dua jaklarta menyediakan perkhidmatan yang sangat baik. ruang bilik nya cukup luas, makanan yang disediakan direstorannya cukup enak dan parkhidmatan kakitangan nya cukup mesrah. saya agak berpuas hati. tq

kolam renangnya agak jauh. tq

perkhidmatan agoda on line agak baik cuma saya terkilan tuntutan pihak agoda terhadap pembayaran melalui kad kredit saya, lebih tinggi dari nilai tempahan sebenar saya. walau bagaimana pun perkhidmatan tempahan on line cukup teratur dan mudah. pihak hotel juga menyediakan perkhidman yang mesra dan baik. saya pernah juga membuat tempahan on line di tempat lain tetapi agoda nampak cukup baik. tq

Tip Restoran : makanan yang disediakan enak dan harga yang berpatutan. tq

Lawatan dan Kenangan yang terindah di Kota Jakarta Pemarkahan Pelanggan: 8.7

maimon H.

Malaysia

Keluarga Bersama-sama Anak-anak

Tarikh: 01 Feb 2009

 Harga Kewangan: 6/10
 Lokasi: 10/10
 Prestasi Pekerja: 10/10
 Keadaan Hotel/Kebersihan: 10/10
 Keselesaan Bilik/Piawaian: 10/10
 Makanan: 6/10

-Lokasi yang strategik berhadapan dengan shopping komplek(Mangga Dua). -Sentiasa ada kemudahan pengangkutan untuk ke kota. -Layanan kakitangan Ibis Hotel amat prihatin terhadap pelanggan.

-perlukan banyak peralatan seperti iron,sejadah(bagi yang beragama islam) dan suis pluq. -tiada sarapan pagi. sepatutnya disediakan sarapan pagi.

-Harga hotel yang berpatutan setanding dengan hotel-hotel yang setaraf dengannya -Lokasi yang strategik berhadapan dengan shopping komplek(Mangga Dua)dan pasar pagi -Sentiasa ada kemudahan pengangkutan untuk ke kota. -Layanan dan kecekapan kakitangan Ibis Hotel amat prihatin terhadap pelanggan. -kami sekeluarga akan mengunjungi dan menginap di hotel ibis ini pada masa-masa akan datang.

Tip Membeli Belah : Berdekatan dengan Pasar Pagi dan Mangga Dua Square.




  peta kawasan hotel


hotel yang dilihat baru-baru ini

Tandakan hotel untuk menambahkan ke senarai pendek

Anda boleh bandingkan maksimum 5 hotel.

x Kosongkan Sejarah


ganjaran agoda&
1Tempah mana-mana bilik dan tambah ganjaran secara automatik sebanyak 4% - 7% untuk harga bilik.
2Gunakan mata anda untuk penjimatan bagi tempahan masa depan!

maklumat lanjut


Customer Support